
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi..
tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah..
justeru..isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama..
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya, isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya..isteri adalah murid, kamu mursyidnya..
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.. seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar menitisabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru..
kamu akan tersentak daripada alpa.. kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...




Tiada ulasan:
Catat Ulasan