Rabu, 16 April 2008

BLACK 14

KL: Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini walaupun polis tidak menyediakan permit. Kelab Sultan Sulaiman yang bersejarah - termasuk menganjurkan perhimpunan persatuan-persatuan Melayu untuk menubuhkan Umno pada 1946 - kini dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku menteri besar baru negeri Selangor. Program yang digelar "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.


Tiada ulasan: